MESIN PENCANAI MEJA & KAKI


                                   
MESIN PENCANAI MEJA

Mesin pencanai meja mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis halus dan satu jenis kasar. Biasanya mesin pencanai jenis ini di boltkan pada meja kerja dan digunakan untuk mencanai alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, pisau dan lain-lain lagi.


Mesin pencanai kekaki adalah sama seperti mesin canai meja, kecuali ia mempunyai penyokong yang di boltkan pada lantai. Kegunaannya sama seperti mesin pencanai meja.


Bahagian-bahagian mesin pencanai meja & kaki  terdiri daripada:

  1. Pelindung mata
  2. Pelapik
  3. Roda
  4. Penahan mata alat
  5. Motor (pelapik)


  • Ia mempunyai dua buah roda, yang satu kasar dan yang satu halus. 
  • Kegunaannya ialah untuk mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti pahat, gerudi, pemutar skru, mata alat mesin pelarik dan mesin pembentuk. 
  • Mesin pencanai jenis ini juga digunakan untuk mencanai bahan-bahan berlebihan sebelum disudahi dengan alat tangan. 
  • Mesin pencanai meja dipasang pada meja atau bangku dan mesin pencanai kekaki dipasang dilantai bengkel. 
  • Fungsi mesin pencanai kekaki sama seperti mesin pencanai meja tetapi mesin ini lebih tegap dan digunakan untuk mencanai alat-alat yang besar dan berat. 

Rajah menunjukkan bahagian pada mesin

1 comment: